Make your own free website on Tripod.com
Bagaimana hendak menjadi
Ham Radio (Radio Amator)


Dikemaskini pada 09/26/97
Anda pelawat no: * Many hits
busc underc

Ini adalah satu kesempatan dan peluang untuk anda mengenali dan turut serta hobi serba 'high-tech'. Ia juga dikenali sebagai Raja segala Hobi. Satu-satunya hobi yang memerlukan kebenaran khusus dari pehak berkuasa dan diiktiraf diseluruh dunia. Hobi ini dapat memberikan kepuasan dan seronokan kepada setiap orang. Pengendali Radio Amator adalah terdiri dari berbagai golongan masyarakat, latarbelakang, kedudukan, umur, jantina atau kebolehan fizikal. Bagi memulakan hobi Amator Radio adalah sangat mudah. Biasanya, anda akan dapat bertemu dengan ham atau kelas ham radio bagi anda mengenali teknik radio dari peringkat asas hingga keperingkat yang membolehkan anda mendapat callsign. Mungkin anda mempunyai latarbelakang yang lebih dari itu. Anda juga mampu membantu teman-teman yang lain.

Tata-cara memohon lesen Radio Amator adalah berbeza dari negara ke negara yang lain. Di Malaysia terdapat dua Kelas Lesen Radio Amator. Lesen ini dikeluarkan oleh Jabatan Telekom Malaysia (JTM) setelah anda memenuhi syarat-syarat tertentu mengikut Akta Radiokomunikasi 1950 (pindaan 1995).

Lesen Pilihan Anda

Lesen Kelas B adalah lesen yang paling popular dan sesuai untuk mereka yang baharu mengenali hobi ini. Lesen Kelas B, tidak memerlukan peperiksaan Kod Morse. Ia menyediakan kemudahan radio ham dijalur 144Mhz - 148Mhz. Ia merupakan frekuensi yang paling popular kepada radio ham. Pada masa ini mod FM sahaja dibenarkan kepada Lesen Kelas B. Ramai pengendali ham radio hanya menggunakan radio 'hand-held'. Bagi anda yang ingin memohon lesen ini, anda diperlukan lulus peperiksaan bertulis objektif. Anda diperlukan mengetahui tata-cara dan peraturan pengendalian Radio Amator dan teori asas elektric dan elektronik (termasuk antenna, pemancar dan penerima). Semua lesen amator yang dikeluarkan dibawah kelas ini mempunyai prefiks 9W.

PENAFIAN
Maklumat yang disediakan adalah sebagai panduan. Sebahagian maklumat adalah petikan dari beberapa punca lain seperti majalah, home page dll. Artikel tersebut diolah kembali bagi kesinambungan dan bukan untuk tujuan melanggar hakcipta. Sekiranya terdapat maklumat tersebut tidak tepat anda adalah digalakan untuk berhubung dengan Webmaster agar maklumat tersebut dapat dipinda dan dikemaskini.

Lesen Kelas A adalah lesen impian setiap orang yang ingin menjadi ham radio di Malaysia. Ia membenarkan anda menggunakan semua frekuensi yang dibenarkan kepada ham radio. Ini termasuk mod seperti suara (AM, FM, SSB, USB), digital (kod morse, rtty, packet, amtor, pactor, gtor), television (FSTV, SSTV), satelit dan lain-lain lagi. Lesen ini membenarkan anda berhubung keseluruh dunia. Mimpi anda adalah sempadannya.

Anda diperlukan lulus ujian Kod Morse pada kelajuan 12 perkataan seminit (12wpm) secara praktikal (menghantar dan menerima) disamping peperiksaan bertulis seperti untuk Lesen Kelas B. Semua lesen amator yang dikeluarkan dibawah kelas ini mempunyai prefiks 9M.

Apakah Langkah Pertama Saya ?

Memulakan hobi Radio Amator adalah tidak sesusah anda bayangkan. Sebagai langkah pertama, dapatkan keterangan lanjut dari MARTS. Sekiranya anda mengenali atau mengetahui dimana terdapat pengendali Radio Amator, minta dan pohon bantuan darinya. Sekiranya anda masih tidak tahu dimana terdapat Radio Amator ditempat anda atau yang berdekatan sila klik. Atau anda masih tidak berjaya, mungkin saya dapat membantu anda. Sila hantar email kepada saya.

Sekiranya anda adalah pengendali Radio Amator, sila beri bantuan kepada sahabat anda yang berminat untuk turut serta. Beri penerangan betapa hebatnya hobi ini. Tunjukan bagaimana anda megendali stesen anda. Mungkin ia seorang yang sangat pemalu. Ini adalah peluang anda menunjukan bakat, bagaimana anda dapat berbual dengan teman anda dari seberang dunia.

Sekiranya anda mempunyai TNC, cuba sambungankan kepada BBS atau PBBS. Dan bayangankan anda telah lama berada dialam 'internet' sebelum ia lahir. Stesen PBBS saya senantiasa berada di hujung jari anda. Cuba sambungkan kepada 9M2A.

Berbagai buku rujukan terdapat dipasaran bagi anda yang ingin mengetahui dengan lebih lanjut mengenai hobi ini. Diantaranya ialah:-

Amateur Radio For Beginners (RSGB)
How To Pass Radio Amateur Exam (RSGB)
RAE Revision Notes (RSGB)
Radio Amateurs Examination Manual (RSGB)

Disamping itu anda juga boleh mengikut perkembangan semasa melalui beberapa majalah Radio Amator. Diantaranya ialah:-

Practicle Wireless (UK)
CQ Magazine (USA)
73 Magazine (USA)
QST (ARRL)
Radcom (RSGB)

Peperiksaan bertulis Radio Amator dikendalikan oleh Jabatan Telekom Malaysia (JTM). Ia diadakan sekali dalam setahun. Manakala ujian Kod Morse 4 kali setahun. Pada kebiasaanya ia akan diumumkan didalam surat khabar utama.

Balik ke 9M2AA's Shack

Balik ke Menu Utama
Email 9M2AA

Page copyright © 1997 by 9M2AA