Make your own free website on Tripod.com
SWLs' Koner

Dikemaskini pada 10/05/97
Anda pelawat no: * Many hits

Kandungan


   SWLs adalah sebahagian Radio Amator


   Tujuan Laman


   Anda Ingin menjadi SWLs


   Pengimbas


   Bagaimana Mendengar Amator


   Antena


   QSL


   Database Callsign


   Stesen Radio Dunia


   Maklum Balas


   Satelit


   IOTA


   List DXCC


   QSL


   Data Solar


   Data WWV


   Perisian Komputer

Ruang ini adalah khusus untuk para Pendengar (SWLs')

Ruang ini adalah untuk para pendengar radio, terutama siaran luar negara. Kumpulan ini biasanya dikenali sebagai SWLs. SWL adalah kumpulan yang senantiasa terpinggir. Mereka adalah sebahagian dari ahli keluarga Amator Radio dimana kegemaran utamanya ialah mendengar siaran radio luar negara/amator radio.

SWLs adalah sebahagian Radio Amator

    SEPINTAS KENANGAN

    Laman ini hanya sebahagian dari rangkaian laman SWL yang terdapat di hujung jari anda. Laman ini cuba mempaparkan kebaikan hobi ini. Dengan ini menjadi harapan saya agar anak bangsa bumi tercinta dapat menguasai bidang ini seterus teknologi dan kemahiran yang bersesuaian untuk lebih maju.

    Khusus untuk Ham (ex-SWL)

    Disinilah ramai di antara kita terpikat dan jatuh hati dengan hobi Radio Amatur. Amat menyedihkan jika ia berlalu dan anda berhenti untuk menikmati siaran radio yang pernah anda nikmati dan kini anda lupakan untuk terus bercakap (QSO). Kadangkala lebih baik mendengar dari terus berbicara. Mungkin laman ini dapat dikembangkan ke lain cabang seperti WEFAX, ATV, SSTV dll. dimana nostalgia lalu dapat dikenang. 9M2AA

Saya mengenali bidang radio dengan mendengar siaran radio luar negara seperti VOA, dan BBC. Pada peringkat kedua, saya mula mendengar pancaran Radio Amator dimana mereka menggunakan mod SSB iaitu mod AM (isyarat radio tanpa elemen "pembawa"), dimana anda tidak mungkin dapat menala (tune) tanpa alat BFO dipasang. Ruang ini adalah ditujukan kepada pendengar sediada dan anda yang berminat dan ingin lebih tahu. Hobi ini mempunyai ramai pengikut. Sebahagian dari anda akan berhijrah menjadi Radio Amator dan sebahagian terus menjadi pendengar setia. Topik khusus akan dipaparkan dan ruang tertentu akan diperluaskan sekiranya terdapat permintaan dari anda semua.

Jangan lupa, walau pun anda keseberang lautan, Laman RTM tidak kurang hebatnya. Penuh maklumat. Persembahan terus menerus dari Studio di Angkasapuri.

Apakah Tujuan Laman Ini

Anda ingin menjadi Short Wave Listener?

Balik ke 9M2AA's Shack

Balik ke Menu Utama
Email 9M2AA

Page copyright © 1997 by 9M2AA