|
Nama saya Muhamad Amin Mahmud. Saya tinggal di Keramat Permai, Kuala Lumpur. Sungguh pun ia beralamat di Kuala Lumpur ia berada dalam jajahan takluk Negeri Selangor Darul Ehsan. Dibawah pentadbiran Ampang Jaya. Tidak jauh dengan Texas Instrument di sebelah Timor dan Bengkel Mara (Depo) di sebelah barat. Jiran ham yang terdekat dengan tempat tinggal saya ialah 9M2RS, 9M2ZA, 9M2CE, 9M2NL dan 9M2MY
Saya berkerja sebagai seorang Jurutera (PEng 5582). Pernah belajar di Glasgow dan Guilford (Surrey), UK. Universiti Surrey ialah tempat lahirnya sebilangan besar OSCAR. Bidang pengkhususan saya ialah lebuhraya dan jambatan. Profesion ini memberi peluang kepada saya mengenali berbagai jenis perisian komputer khusus untuk bidang ini. Begitu juga komputer yang digunakan dari Main Frame, Mini dan ke komputer saku masa kini.
Pada satu ketika saya aktif menulis perisian komputer menggunakan bahasa basic, Qbasic, FOTRAN IV, G dan 77 untuk kegunaan dalaman. Di antara perisian tersebut yang masih digunakan ialah HP, WRETIC.
Pada masa ini saya bekerja disalah sebuah firma Juruperunding Kejuruteraan di Kg Baru, Kuala Lumpur setelah bersara cara pilihan dari perkhidmatan Kerajaan selama 17 tahun.
|
Kadang kala saya akan aktif dalam mod digital seperti packet , amtor, pactor, gtor atau SSTV . Sehingga ini saya masih tidak dapat mencuba packet pada kelajuan 9600bps. Mungkin ada di antara kita mahu mencuba !
Kedudukan rumah saya memberi kesempatan kepada saya untuk berhubung melalui frekuensi 2 meter dengan ham yang lain di luar Kuala Lumpur. Saya dapat berhubung dengan ham di Seremban di selatan, repeater Ipoh di utara dan repeater di Tebing Tinggi (atau Medan tetapi kini sedang berehat! ) di Sumatera di sebelah barat.
(NB: Beberapa faktor seperti kedudukan pemancar (ketinggian), halangan, jenis antena, kuasa, propogasi dan lain-lain lagi memainkan peranan penting membolehkan perhubungan jarak jauh melalui band 2 meter ke atas. Ini kerana ia adalah mirip kepada ciri-ciri cahaya dimana ia bergerak secara garis lurus. Pesongan boleh berlaku sekiranya terdapat bukit atau seumpamanya yang dapat berlakunya perkara tersebut.)
Diantara peralatan yang saya gunakan ialah:-
|
|
High Frequency (HF):
Kenwood TS-850SAT, Icom IC-706
Very High Frequency (VHF):
Kenwood TR-751A, Icom IC-271A, Yaesu FT-530
|
|
Alat Tambah
MFJ Versa Tuner V, Timewave DSP-9+
KELUARGA SAYA
|
|
Anak saya yang tertua berada di menengah 2. Manakala yang 3 orang lagi masih di peringkat rendah. Seorang di tadika. Dan seorang lagi masih duduk di rumah.
Ayong adalah anak saya yang bongsu. Ia baru berumur 2 1/2 tahun. Ia adalah operator talipon tidak resmi.
Balik ke 9M2AA's Shack |
Balik ke Menu Utama |
||
Email 9M2AA |
Page copyright © 1997 by 9M2AA |