SWLs' Koner |
Dikemaskini pada 10/05/97 Anda pelawat no: |
Kandungan
|
|
Jangan lupa, walau pun anda keseberang lautan, Laman RTM tidak kurang hebatnya. Penuh maklumat. Persembahan terus menerus dari Studio di Angkasapuri.
Pada hari ini anda tidak perlu mempunyai radio yang canggih untuk mendengar siaran radio dari seluruh dunia. Diceruk pekan mana pun anda boleh mendapatkan radio gelombang pendek. Ia mungkin radio tiga-dalam-satu ia itu radio/tape/CD atau system hi-fi. Paling baik adalah untuk mendapat radio yang reka khusus untuk tujuan ini. Mungkin mahal sedikit. Tapi berbaloi. Pada hari ini saiz radio adalah kecil (cenunik). Kecil-kecil cili api. Keupayaannya adalah seperti radio yang besar.
Sebagai kata nasihat: sekiranya anda kenal atau mengetahui radio amator atau sesaorang yang terlibat dengan hobi ini, ajak dia untuk melihat radio yang anda inginkan, ia seperti anda membeli kereta juga. Mungkin penerangan jurujual dapat membantu, tetapi sebahagiannya bukan orang yang terbaik untuk diminta nasihat !.
|
Bagi anda yang ingin mendengar siaran Radio Amator melalui gelombang pendek, anda hendaklah memiliki radio yang boleh menerima siaran Single Sideband (SSB). Sekiranya anda menggunakan radio biasa, anda mungkin dapat menerima tetapi kedengaran seperti suara itik. Apa yang anda perlu ialah alat BFO (Band Frequency Oscillator), dimana biasanya terdapat di radio yang agak mahal ditujukan khusus bagi SWLs. Anda hanya perlu memutar tombol dari AM ke SSB.
Secara teknikal Amator Radio perlu menindas jalur sisi (suppress side band) dimana ia sentiasa ada bersama apabila anda menala station radio biasa. Isyarat ini dikenali sebagai jalur sisi. Peralatan Radio Amator menerima kembali siaran tersebut dengan membina semula jalur sisi setara. Penalaan adalah agak kritikal. Kebaikannya ia menggunakan kuasa yang jauh lebih rendah untuk mendapat kesan yang sama dan menggunakan ruang jalur yang lebih kecil
Adalah perlu diingat bahawa siaran Radio Amator menggunakan kuasa jauh lebih kecil dari stesen pemancar komersial seperti RTM, VOA atau BBC. VOA atau BBC mempunyai kuasa beberapa ratus kilowatts sedangkan Amator adalah diantara 50 and 400 watts sahaja. Pada kebiasaanya 100 watts adalah kuasa yang digunakan. Antena amator adalah mudah, mungkin di-pol 33 meter sahaja sedangkan RTM mempunyai antena satu ladang (puluh hektar !).
Untuk jalur VHF dan UHF sunggoh pun SSB ada digunakan tetapi FM adalah menjadi pilihan kebanyakan amator.Pengulang (repeaters) dipasang dikebanyakan tempat. Di Malaysia terdapat di Ulu Kali, Kledang, Gunung Ledang, Bukit Bendera, dll. Kadang kala NBFM digunakan. Ia tidak memerlukan peralatan tambahan seperti BFO.
Radio Amators menggunakan jalur frekuensi seperti berikut bagi gelombang pendek:-
Radio masakini mempunyai arial binadalam. Sekiranya anda sambung kepada arial luar ia akan menyebabkan bebanlebih (overloaded) kepada litar. Anda boleh memperbaiki penerimaan dengan sedikit ubahsuai dan kepintaran anda. Pertama cuba dapatkan kedudukan yang sesuai. Ia hendaklah jauh dari komputer, peralatan elektrik yang mungkin. Menggunakan kuasa bateri adalah lebih elok dari kuasa utama. Letakan radio anda berdekatan dengan telefon kadangkala boleh memperbaiki penerimaan.Alat tambah seperti "Arial Aktif" dapat memperbaiki penerimaan siaran disetengah kawasan seperti ruang yang sempit (flat).
|
Radio Amator juga suka menerima laporan anda tetapi tidak seperti stesen penyiaran komersial. Laporan ini amat bermakna sekiranya anda mendengar Radio Amator dari Amerika Timor atau Karabean. Kebiasaannya kad QSL Radio Amator adalah diuruskan melalui biro yang ditadbir oleh persatuan Radio Amator setiap negara. Sekirannya anda mendengar stesen DX dan anda memerlukan kad QSL darinya, hantar kad anda bersama sekurang-kurangnya sampul surat beralamat sendiri berserta dengan IRC (International reply coupons - dari pejabat pos) secukupnya. Menghantar kad QSL adalah memerlukan perbelanjaan. Apalagi sekiranya ia dari negara diseberang sana. Sebahagian besar Amator radio menerima dengan baik laporan anda tetapi mereka mempunyai punca kewangan terhad.
Ramai di antara kita mendengar beberapa stesen Amator Radio mengenakan beberapa pra-syarat tertentu untuk mereka menghantar atau membalas kad QSL. Tetapi anda mesti ingat JANGAN sekali-kali menghantar wang tunai melalui pos. Anda juga harus beringat sekiranya ada orang berkata
"send me a green stamp" bermakna meminta menghantar US1/=. Jangan. Itu bukanlah satu perkara yang sihat di dalam hobi ini. Secara peribadi saya tidak bersetuju cara ini. Saya tidak perlu dirasuah dan jangan mengambil kesempatan ke atas orang lain.Begitu juga sebaliknya.
Balik ke 9M2AA's Shack |
Balik ke Menu Utama |
||
Email 9M2AA |
Page copyright © 1997 by 9M2AA |